Saturday 24 December 2011

Jatuh Cinta Dengan Kawan .




Biasa kita dengar cerita kawan jatuh cinta pada kawan baiknya. Maksudnya bila kita ada kawan yang berlainan jantina dan dia pula adalah kawan baik kita dan tanpa kita sedari perasaan kawan tadi telah bertukar menjadi kasih dan sayang serta telah membuat kita jatuh cinta pada teman baik tadi.
Mungkin ada yang berjaya dan ada juga yang tak berjaya menyatakan perasaan cinta tersebut, takut tidakkditerima malahan boleh membuatkan perhubungan persahabatan tadi boleh renggang.
Aku juga pernah mengalami keadaan yang sama, dulu aku ada seorang kawan pramugari Mas.. cantik dan lemah lembut orangnya.. tapi mukanya takdalah iras – iras Dania dalam siri Awan Dania di Astro tu. Akupun tak pasti macamana asalnya aku boleh kenal beliau, yang aku tahu nombor telefon dia ada dalam h/phone aku. Aku ingat lagi semasa pertemuan kali pertama  di pudu raya, masa tu aku baru datang ke Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan aku hanya mengenali beliau dalam telefon sahaja dan tak pernah bersua sebelum ni.
Aku berkawan dengan dia daripada aku takda kerja sampailah aku berkerjaya, banyak jasa dia pada aku, dimana dia juga mencari alamat untuk aku mencari kerja, tanpa pertolongan kawan aku tadi mungkin aku tak jadi macam aku sekarang ni..Punyalah Istemewanya beliau ni  dan aku anggap dialah kawan aku yang paling rapat dan baik, tak ada lagi kawan perempuan yang aku anggap begitu istemewa, dan aku juga tak ada perasaan lain selain dia adalah teman rapat aku..
Sehinggalah bila aku katakan pada dia aku nak kahwin dan kemudian aku bertunang, sememangnya aku cerita segalanya pada dia kerana memang dia adalah teman baik aku.. tapi lain pulak jadinya dia semakin menjauhi aku, semakin jauh dan jauh. Bila  tiba waktu aku nak bernikah baru dia bagitau yang dia sememangnya menyukai aku sejak kali pertama aku berjumpa dengan dia, dan aku masih ingat lagi kata – kata beliau “awak! lelaki dan perempuan tak mungkin boleh jadi kawan selamanya kerana ianya ada melibatkan perasaaan walaupun sedikit”.
Lepas tu dia tak pernah balas sms atau angkat telefon lagi, aku kehilangan kawan baik aku.. aku ke yang bersalah? Aku dah memang anggap dia kawan baik aku yang paling aku sayang, betulke lelaki dan perempuan tak boleh sekadar berkawan biasa je?